United juara

United juara

LONDON, 8 Ogos – Zlatan Ibrahimovic mengumumkan ketibaannya dalam bola sepak Inggeris dengan jaringan kemenangan pada minit ke-83 ketika Manchester United menyingkirkan Leicester City 2-1 di Wembley semalam untuk memenangi persaingan Community Sheild.

Bekas pemain penyerang Paris Saint-Germain itu mempamerkan permainan yang sederhana, tetapi melompat dalam mengatasi Wes Morgan bagi menanduk masuk hantaran lintang dari Antonio Valencia membolehkan kejayaan pertama Jose Mourinho sebagai pengurus United.

Pemain utama Leicester, Jamie Vardy sebelumnya dihukum kerana kesilapan dari Marouane Fellaini untuk membatalkan jaringan kemenangan Jesse Lingard dalam Piala FA bagi United, yang memenangiperlawanan Community hield sebanyak 21 kali.

United, yang mengesahkan mereka hampir untuk menandatangani semula bekas pemain, Paul Pogba dari Juventus, membukan kempen Liga Perdana mereka di Bournemouth Ahad depan. Pengurus Leicester, Claudio Ranieri menyerahkan kemunculan pemain yang baru ditandatangani, Ahmad Musa, Luis Hernandez dan Nampalys Mendy.

Wayne Rooney memegang trofi selepas Manchester United dinobatkan sebagai juara Community Sheild  menentang Leicester City, di Stadium Wembley, London, Ahad lalu. – AP
Wayne Rooney memegang trofi selepas Manchester United dinobatkan sebagai juara Community Sheild menentang Leicester City, di Stadium Wembley, London, Ahad lalu. – AP

Ketika pasukannya terjejas, dia digalakkan dengan persembahan mereka, tiga bulan dari kejayaan Liga Perdana mereka 5,000-1. Mereka melancarkan bagi mempertahankan gelaran liga di Hull City pada Sabtu depan.

Mourinho meletakkan gandingan penyerang baru terdiri dari Wayne Rooney dan Ibrahimovic dan kedua pemain memastikan kehadiran mereka dirasakan dalam kawasan penalty Leicester.

Rooney membuat tandukan tepat ke arah Kasper Schmeichel setelah mendapatkan hantaran lintang Luke Shaw dan penjaga gol Leicester itu juga menampan rembatan Fellaini selepas Ibrahimovic melompat untuk mendapatkan bola tinggi. Leicester melakukan serangan dengan kekuatan yang memberikan kemenangan gelaran musim lalu dan mendapatkan beberapa peluang.

Vardy menarik tekal dari Daley Blind dan pemain baru United, Eric Bailly dengan larian pantas, sementara Shinji Okazaki membuat tandukan yang hanya singgah di palang menerusi sepakan sudut Marc Albrighton. – AFP