United kelab yang tepat buat Pogba – Mourinho

United kelab yang tepat buat Pogba – Mourinho

MANCHESTER, England, 8 Ogos – Paul Pogba semakin hampir menyertai Manchester United dengan rekod perpindahan dunia, dengan pengurus Jose Mourinho berkata hari ini bahawa pemain tengah Perancis itu akan berada di kelab yang betul ‘untuk menjadi pemain terbaik dunia’.

Pogba sudah diberikan kebenaran oleh Juventus untuk menjalani pemeriksaan perubatan bagi melengkapkan perpindahan semula ke Old Trafford, kata United. Kelab Inggeris itu membuat pengumuman dalam kenyataan satu baris dengan hashtag ‘Pogback’.

Pogba meninggalkan United untuk menyertai Juventus pada 2012 dengan nilai STG800,000 sebagai pampasan.

Gambar fail bertarikh 30 Mei 2016 menunjukkan Paul Pogba semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara Perancis dan Cameroon di Stadium Beaujoire La di Nantes, barat Perancis. – AP
Gambar fail bertarikh 30 Mei 2016 menunjukkan Paul Pogba semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara Perancis dan Cameroon di Stadium Beaujoire La di Nantes, barat Perancis. – AP

Dia dijangka akan kembali dengan yuran sekitar 105 juta euro yang akan memintas 101 juta euro dibayar Real Madrid untuk mendapatkan Gareth Bale dari Tottenham pada 2013.

“Saya tidak rasa Real akan bersedih apabila mereka memecahkan rekod dengan Gareth Bale atau Cristiano (Ronaldo). Saya tidak rasa ia akan menjadi sebab untuk bersedih – ia keputusan untuk dibanggakan,” kata Mourinho.

“Bola sepak adalah gila dan pasaran sudah menjadi gila. Apa yang anda fikirkan musim ini ialah gila, anda akan menyedari tiga tahun akan datang, ia bukanlah lagi sesuatu yang gila.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA