United kembali ke Liga Juara-Juara Eropah

United kembali ke Liga Juara-Juara Eropah

MANCHESTER, United Kingdom, 17 Ogos (AFP) – Muzik tema Liga Juara–Juara akan kedengaran semula di Old Trafford apabila Manchester United kembali ke dalam persaingan itu menentang pasukan dari Belgium, Club Brugge dalam pusingan play-off.

Selepas musim pertama tersingkir dalam tempoh 19 tahun, United dikembalikan oleh Louis van Gaal, yang memenangi Liga Juara–Juara dengan cemerlang bersama pasukan Ajax pada 1995 dan membawa Bayern Munich ke persaingan akhir 2010.

United yang selesai di kedudukan keempat dalam Liga Perdana musim lalu, memulakan kempen baru dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur dan Aston Villa, dan Juan Mata percaya kemenangan di Villa Park Jumaat lalu menunjukkan kesediaan pasukan itu beraksi lebih jauh.

“Saya rasa kami semakin meningkat, tetapi enam daripada enam mata adalah permulaan yang bagus bagi kami dan sekarang kami mempunyai banyak keyakinan menjelang play-off Liga Juara–Juara,” midfiled Sepanyol itu memberitahu MUTV.

“Permainan bersih adalah faktor yang positif. Kami bercakap mengenai memiliki pemain baru dan mereka melakukannya dengan baik.”

Genap setahun dan empat bulan sejak kali terakhir United beraksi dalam Liga Juara–Juara ketika tewas kepada Bayern pada suku akhir April 2014, dan ia menyaksikan banyak mengenai perubahan kelab yang dilalui sejak itu yang mana hanya empat pemain yang beraksi dalam kekalahan perlawanan kedua 3-1 di Munich akan beraksi menentang Club Brugge.

Patrice Evra, Nemanja Vidic, Darren Fletcher, Shinji Kagawa dan Danny Welbeck telah meninggalkan kelab sementara David Moyes tidak lagi bersama setelah dipecat 13 hari kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA