United kian bersemangat

United kian bersemangat

MANCHESTER, United Kingdom, 15 April (AFP) – Setelah mendapat nafas baru dalam menghidupkan kembali harapan bagi memenangi trofi pertama sejak 2013, Manchester United kembali kepada usaha mereka menyelamatkan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan apabila menjadi hos kepada Aston Villa esok.

United akan menentang Everton dalam separuh akhir Piala FA di Wembley pada 23 April menerusi kemenangan 2-1 di West Ham United dalam ulangan suku akhir pada pertengahan minggu ketika mereka dilihat untuk memenangi perlawanan itu buat kali pertama sejak 2004.

Sebagai pemenang 11 kali, United akan melihat jurang itu sebagai terlalu lebar dan menjulang Piala FA akan membawakan keselesaan kepada pengurus mereka yang tertekan Louis van Gaal berikutan kesukaran tahun kedua di Old Trafford.

Tetapi beraksi dalam Liga Juara-Juara perlu menjadi keutamaan United bagi musim selebihnya dan dengan jurang empat mata di belakang Manchester City untuk empat kedudukan kelayakan dalam Liga Perdana, mereka perlu mengekalkan kemenangan.

Pasukan Van Gaal perlu mendapatkan mata penuh daripada enam perlawanan terakhir untuk mengejar City atau Arsenal di tangga ketiga, dan mereka pasti tidak akan mahu melepaskan sebarang mata apabila kelab tercorot, Villa mengunjungi Old Trafford.

Dengan penyingkiran mereka akan disahkan, Villa tidak akan membiarkan penyerang United Marcus Rashford, yang menyaksikan jaringan kemenangan di West Ham menggariskan potensi pemain yang menjadi cerita kejayaan United.

“Luar biasa. Bagus untuk melihat pemain muda melakukan dengan baik dan mendapatkan peluang mereka,” kata midfield United, Michael Carrick mengenai pemain penyerang berusia 18 tahun itu yang menjaringkan enam gol sejak membuat kemunculannya dalam pasukan pertama akhir Februari lalu.

ARTIKEL YANG SAMA