United kini sasar beli penyerang Monaco

United kini sasar beli penyerang Monaco

LONDON, 31 Ogos (Agensi) – Manchester United kini mengadakan perbincangan dengan Monaco untuk membawa masuk penyerang remaja kelab Perancis itu ke Old Trafford, Anthony Martial pada harga 36 juta pound.

Langkah itu diambil selepas penyerang gantian Javier Hernandez meninggalkan kelab itu untuk menyertai Bayer Leverkusen pada harga 12 juta pound.

Pun begitu, setakat ini, Monaco masih belum sedia menerima tawaran United itu, berikutan belum berhasrat untuk menjualnya. Namun perbincangan dijangka diteruskan lagi hari ini.

Penasihat Monaco, Luis Campos, yang bertanggungjawab dengan proses perpindahan pemainnya, mengesahkan mengenai perkembangan itu.

Martial, berusia 19 tahun yang dibandingkan memiliki sama gaya permainan dengan Thieryy Henry, beraksi bersama Monaco menentang Paris Saint-Germain semalam.