United mahu dapatkan Ronaldo – van Gaal

United mahu dapatkan Ronaldo – van Gaal

MANCHESTER, 22 Nov (AFP) – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mengesahkan dia mahu membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford.

Berita mengenai perkara itu terpampang di semua dada akhbar Britain pada Ahad dengan kenyataan kemungkinan besar akan ada proses perpindahan di lama lagi.

“Dia bermain di bahagian sayap, dia pantas dan menjaringkan gol. Semua jurulatih di dunia sukakan dia. Sudah tentu kami akan melihatnya,” jelasnya.

Malah Van Gaal menegaskan dia melihat semua pemain, bukan sahaja Ronaldo.

“Tetapi pemain ini bukan mudah untuk mendapatkannya.

“Dengan Ronaldo, kita perlu lihat dan berharap. Tiada ada mana-mana jurulatih di dunia ini tidak sukakan dia,” tambahnya.

Bekas pemain kesayangan United ini meninggalkan kelab itu dan berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009 dengan nilai perpindahan dunia 80 juta pound.

ARTIKEL YANG SAMA