United menang...

United menang selesa

MIDDLESBROUGH, 19 Mac – Marouane Fellaini telah menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana dalam tempoh 15 bulan ketika Manchester United melebarkan lagi rentetan perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana kepada 18 perlawanan untuk melonjak naik ke tangga kelima dengan kemenangan 3-1 ke atas pasukan bergelut, Middlesbrough malam ini.

Jesse Lingard menggandakan jaringan dengan rembatan menarik dan Antonio Valencia melengkapkan kemenangan United di masa kecederaan perlawanan selepas satu kesilapan memalukan bekas penjaga gol United, Victor Valdes. Kemenangan itu sekali gus mengakhiri 19 minggu United berada di tangga keenam.

Kemenangan terbaru United itu, menjadi kelab pertama untuk merekodkan 600 kemenangan dalam Liga Perdana, telah menempatkan mereka 17 mata di belakang pendahulu liga Chelsea, tetapi dua mata di depan pesaing terdekat, Arsenal dan Everton di tangga ketujuh, merangsang harapan mereka untuk mengakhiri di empat kedudukan teratas untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Marouane Fellaini (kiri) menanduk masuk gol pembukaan United ketika menentang Middlesbrough di Stadium Riverside. – AP
Marouane Fellaini (kiri) menanduk masuk gol pembukaan United ketika menentang Middlesbrough di Stadium Riverside. – AP

Middlesbrough berjaya mengurangkan defisit dengan mendapat satu gol menerusi pemain gantian, Rudy Gestede, tetapi mereka kekal menjadi pasukan kedua tercorot liga, lima mata daripada zon selamat selepas 11 perlawanan tanpa kemenangan ketika pengurus sementara Steve Agnew merasai kekalahan dalam perlawanan pertamanya susulan pemecatan Aitor Karanka.

Gestede pada mulanya dilihat menggigit pemain pertahanan United, Eric Bailly di masa kecederaan di kawasan pelawat.

Namun ulang tayang menunjukkan tidak ada sebarang sentuhan daripada kedua pemain itu yang marah itu, tetapi tumbukan kelihatannya dibuat di terowong pemain ketika para pemain meninggalkan padang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA