United perlu menang trofi

United perlu menang trofi

LONDON, 17 Feb – Manchester United perlu menamatkan kemarau trofi dengan memenangi Liga Europa atau Piala FA dan menamatkan Liga Perdana di empat kedudukan teratas musim ini untuk mengembalikan sokongan peminat, kata kapten Wayne Rooney.

Selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara dan enam mata di belakang Manchester City di tangga keempat dalam Liga Perdana, United menghadapi pasukan dari Denmark, FC Midtjylland dalam Liga Europa esok sebelum kunjungan ke Shrewbury Toen dalam persaingan Piala FA.

Kelab tersebut kali terakhir memenangi trofi pada 2012/13, apabila mereka menjulang gelaran Liga Perdana bersama Alex Ferguson, dan setakat ini bergelut di bawah pengurusan Louis van Gaal.

Kekalahan 2-1 kepada Sunderland Sabtu lalu membawa pengurus dari Belanda untuk mengetepikan peluang mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

“Perkara paling penting sekarang, saya rasa, adalah untuk memenangi trofi sekali lagi musim ini,” Rooney memberitahu media British.

Rooney meraikan jaringan semasa menentang Stoke City dalam aksi Liga Perdana di Old Trafford pada 2 Februari 2016. – Reuters
Rooney meraikan jaringan semasa menentang Stoke City dalam aksi Liga Perdana di Old Trafford pada 2 Februari 2016. – Reuters

“Jelas Liga adalah besar bagi kelab ini dan ia adalah mengecewakan untuk keluar darinya. Tetapi tumpuan utama kami perlu memastikan kami boleh berada di tangga keempat teratas.” – Reuters