United, Real Madrid kelab terkaya di Eropah

United, Real Madrid kelab terkaya di Eropah

PARIS, 26 Mei – Real Madrid dan Manchester United telah diumumkan sebagai kelab terkaya di Eropah, menurut kajian yang dibuat syarikat pengauditan Belanda, KPMG.

Kedua-dua kelab itu dinilai sebanyak 2.9 bilion euro (AS$3.2 bilion) menurut KPMG, yang turut mengkaji 32 kelab bola sepak utama lain.

Barcelona berada dalam senarai seterusnya dengan nilai sebanyak 2.9 bilion euro, diikuti Bayern Munich dengan 2.1 bilion euro dan Arsenal.

Meskipun kejayaan sedikit di peringkat Eropah, kelab England masih menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah nilai sebelum mengambil kira 6.7 bilion euro (AS$7.5 bilion) perjanjian hak penyiaran televisyen yang akan bermula musim depan.

Pasukan La Liga dari Sepanyol yang mara ke final Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun dan buat tahun ketiga berturut-turut sebagai juara Liga Europa, Sevilla mengekori di kedudukan berikutnya. – AFP

Manchester United ketika menjulang Piala FA minggu lalu. United dan Real Madrid adalah kelab terkaya di Eropah menurut kajian KPMG. – AP
Manchester United ketika menjulang Piala FA minggu lalu. United dan Real Madrid adalah kelab terkaya di Eropah menurut kajian KPMG. – AP

ARTIKEL YANG SAMA