United sasar ...

United sasar final Piala Liga

LONDON, 9 Jan – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah berjanji untuk menurunkan barisan utamanya bagi perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga pada hari Rabu ini di laman sendiri menentang Hull City.

United mara ke pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu selepas menghasilkan lapan kemenangan berturut-turut dengan membelasah Reading 4-0 di Old Trafford.

Mereka akan berdepan dengan Liverpool, yang juga beraksi dalam separuh akhir Piala Liga, hujung minggu ini, tetapi dengan perlawanan Wembley semakin dekat, Mourinho tidak mahu melepaskan peluang.

“Kami akan bermain menentang Liverpool, satu perlawanan besar bagi kami, tetapi kami juga mahu berada di final,” katanya.

Jose Mourinho (kanan) berjalan bersama pengurus Reading, Jaap Stam selepas berakhirnya perlawanan Piala Liga pusingan ketiga di Old Trafford. – AP
Jose Mourinho (kanan) berjalan bersama pengurus Reading, Jaap Stam selepas berakhirnya perlawanan Piala Liga pusingan ketiga di Old Trafford. – AP

“Jadi kami akan menghadapi perlawanan Hull dengan semua yang kami ada, barisan terkuat, kerana kita tahu ia mempunyai dua perlawanan, tetapi perlawanan kedua di laman lawan.

“Jika kami lakukan sesuatu dalam perlawanan pertama, ia memberikan kami kelebihan, kami akan cuba melakukannya.”

Mourinho telah membuat sejumlah perubahan ketika United menerima kunjungan skuad Jaap Stam Sabtu lalu dan telah mendedahkan bahawa dia akan mengembalikan kesebelasan utamanya menentang Hull. – AFP