United sedia cabar Chelsea

United sedia cabar Chelsea

LONDON, 7 Ogos (AFP) – Manchester United memulakan musim Liga Perdana yang baru di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur esok dan mencari petanda bahawa mereka bersedia memberikan cabaran ke atas gelaran Chelsea.

Perlawanan yang sama musim lalu dengan menang 3-0 di tempat sendiri 15 Mac lalu, membuktikan pemangkin lewat bagi mendapatkan rentak untuk memastikan Louis van Gaal menamatkan musim pertamanya sebagai pengurus bersama United kembali mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara.

Tetapi dengan sebahagian 77 juta pound (AS$120 juta) telah dibelanjakan ke atas pemain baru termasuk Memphis Depay, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger, United menumpukan pandangan mereka lebih tinggi.

“(Musin lalu) kami boleh melihat kami semakin baik tetapi kami hanya perlu konsisten dalam persembahan dan jelas dalam keputusan,” kapten Wayne Rooney memberitahu ESPN minggu ini.

“Tetapi kami boleh melihat setiap permainan kami semakin baik. Saya fikir musim ini buat kali pertama berbanding dua musim lalu, kami bersedia memberikan cabaran sekali lagi.”

Rooney yakin United mampu memberikan cabaran sekali lagi musim ini. – Reuters
Rooney yakin United mampu memberikan cabaran sekali lagi musim ini. – Reuters

Perlawanan di Old Trafford esok akan memberikan peminat United idea yang jelas bagaimana pasukan mereka disusun musim ini dengan Rooney dijangka akan mengetuai barisan sebagai penyerang solo dalam formasi 4-3-3.

Tottenham selesai di tangga kelima musim lalu, enam mata di bawah United di tempat ketiga dan berharap untuk mendapatkan lebih keyakinan bagi kelayakan Liga Juara-Juara biarpun tidak berapa cergas dalam pasaran perpindahan.

Pertahanan Spurs dikemaskan dengan ketibaan Toby Alderwiereld, Kevin Wimmer dan Kieran Trippier tetapi dalam serangan, Harry Kane berada di bawah tekanan untuk mengulangi kejayaannya dengan 31 jaringan musim lalu.

Chelsea mula mempertahankan gelaran Liga Perdana di tempat sendiri menentang Swansea City, yang cuba untuk mengulangi hari pembukaan mereka musim lalu apabila menang 2-1 ke atas United di Old Trafford.

ARTIKEL YANG SAMA