United sedia terima kunjungan Liverpool

United sedia terima kunjungan Liverpool

LONDON, 13 Jan – Manchester United mempunyai peluang keemasan untuk menempatkan diri mereka dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana apabila berdepan dengan musuh ketat, Liverpool hujung minggu ini.

United akan turun ke Old Trafford dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Hull dalam separuh akhir pertama Piala Liga baru-baru ini, yang mana telah mencatatkan kemenangan kesembilan mereka berturut-turut dalam semua persaingan.

Skuad Jose Mourinho berada di tangga keenam, masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dan kekurangan lima mata di belakang tempat kedua, Liverpool.

Tetapi jika mencapai kemenangan hujung minggu ini, pasti ia akan memberikan laluan terbuka mencapai sasaran mereka.

Jurgen Klopp kini perlu membangkitkan semangat skuadnya selepas mengalami beberapa keputusan yang kurang memuaskan dalam perlawanan Piala FA dan Piala Liga baru-baru ini. – AP
Jurgen Klopp kini perlu membangkitkan semangat skuadnya selepas mengalami beberapa keputusan yang kurang memuaskan dalam perlawanan Piala FA dan Piala Liga baru-baru ini. – AP
Jose Mourinho percaya bahawa skuadnya kini berada di tahap yang baik menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana itu. – AP
Jose Mourinho percaya bahawa skuadnya kini berada di tahap yang baik menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana itu. – AP

Zlatan Ibrahimovic telah menjadi watak utama dalam kebangkitan United baru-baru ini dan meskipun dengan kedudukan pasukannya pada masa ini, penyerang dari Sweden itu telah menetapkan mahu menambah pingat Liga Perdana bagi menambah koleksi kejuaraan yang telah dimenanginya di Sepanyol, Itali, Perancis dan Belanda.

Berbeza dengan United, Liverpool, selepas muncul sebagai pesaing kejuaraan hasil kemenangan empat perlawanan berturut-turut pada bulan Disember, telah mengalami satu kejatuhan.

Seri di Sunderland dalam liga, diikuti dengan keputusan 1-1 dalam aksi Piala FA menentang pasukan bawahan, Plymouth dan kekalahan 1-0 kepada Southampton dalam separuh akhir pertama Piala Liga. – AFP

pg20_170114_a