United sedia untuk musim baru

United sedia untuk musim baru

LONDON, 5 Ogos (AFP) – Selepas kembali ke dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Manchester United sekali lagi berbelanja besar untuk memperkasakan barisan utama tetapi ada kebimbangan mengenai baki skuad menjelang musim baru.

Pengurus Louis van Gaal telah membelanjakan kira-kira 77 juta pound (AS$120 juta) untuk mengukuhkan bahagian tengah dengan membawa masuk Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin dalam perbelanjaan yang mencecah sekitar 230 juta pound sejak menggantikan David Moyes tahun lepas.

Dengan Robin van Persie dan Radamel Falcao sudah pergi dan Javier Hernandez pula bukan lagi pilihan, beban yang agak berat terdampar di atas bahu Wayne Rooney, tetapi bekas kapten Bryan Robson percaya pemerkasaan bahagian tengah United menyediakan landasan kukuh yang pertama sejak pemergian Alex Ferguson pada 2013.

“Pengurus telah memperkasakan kawasan midfield kepada titik di mana kami dilihat cukup kuat untuk menentukan rentak permainan,” kata Robson yang kini menjadi duta kelab.

“Schweinsteiger dan Schneiderlin merupakan perolehan yang betul-betul bagus. Mereka akan menjadi kuasa besar di bahagian tengah United dan seharusnya memacu kami untuk mendapatkan kedudukan yang lebih bagus musim ini.”

Van Gaal memperkenalkan Depay di Stadium Old Trafford pada 10 Julai 2015. – AFP
Van Gaal memperkenalkan Depay di Stadium Old Trafford pada 10 Julai 2015. – AFP
Morgan Schneiderlin (kiri) bersaing dengan Lucas Moura dari Paris Saint-Germain dalam Kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Soldier Field, Chicago 29 Julai lalu. – AFP
Morgan Schneiderlin (kiri) bersaing dengan Lucas Moura dari Paris Saint-Germain dalam Kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Soldier Field, Chicago 29 Julai lalu. – AFP

Peminat United membangkitkan semua keluh kesah bekas pemain seperti Robson dan Roy Keane yang mengadu skuad kurang mantap di bahagian tengah tetapi sekarang Red Devils pula kebanjiran pemain midfield.

United, yang menduduki tempat keempat musim lalu, menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam pra-musim, tetapi Van Gaal telah berjanji untuk kembali kepada sistem 4-3-3 yang lambat membawa kejayaan pada penghujung kempen 2014-15.

Ini bermakna Schweinsteiger, Schneiderlin, Michael Carrick, Ander Herrera dan Marouane Fellaini (yang digantung untuk tiga perlawanan pertama liga) akan bersaing merebut tiga tempat.

Dengan Memphis Depay yang begitu bersemangat, perolehan 25 juta pound dari PSV Eindhoven itu dijangka bermula pada satu sayap bersama Ashley Young, Juan Mata, Antonio Valencia atau Adnan Januzaj – dan sasaran berpotensi Pedro Rodriguez – perlu bersaing untuk mendapat tempat di posisi lain pula.

Selepas perjanjian baru bernilai 750 juta pound dimeterai dengan Adidas dan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos, wang bukan lagi soal untuk kelab Inggeris paling kaya itu, tambahan pula PSG sudi melamar Angel Di Maria selama setahun selepas mencatat rekod belian 59.7 juta pound dari Real Madrid.

Pemergian penyerang Argentina itu merupakan sebahagian daripada proses memperkemaskan barisan kesebelasan utama yang juga menyaksikan Nani, Tom Cleverley dan Rafael da Silva meninggalkan Old Trafford.

Jengkel dengan jadual jelajah Amerika Syarikat Manchester United untuk musim 2014, Van Gaal mengatur jelajah kali ini dengan lebih ketat.

Schweinsteiger ketika beraksi dalam jelajah Amerika Manchester United menentang kelab America 17 Julai lalu. – AFP
Schweinsteiger ketika beraksi dalam jelajah Amerika Manchester United menentang kelab America 17 Julai lalu. – AFP

Kem latihan membenarkan beliau untuk menggunakan pemain yang cergas dan membuat penyesuaian dalam pertahanan, dengan Daley Blind berpindah ke posisi bek tengah, Luke Shaw di bek kiri dan Matteo Darmian yang dibeli dari Torino, diperkenalkan kepada pasukan untuk posisi bek kanan.

Tetapi dengan United gagal dalam percubaan mereka untuk menarik Sergio Ramos dari Real Madrid, bekas bek tengah Rio Ferdinand percaya bahagian pertahanan kekal sebagai kawasan yang perlu diberi perhatian.

“Saya tidak fikir (Van Gaal) mengetahui pertahanan terbaiknya – itu sudah menimbulkan masalah,” kata Ferdinand, yang mahu bekas kelabnya untuk menandatangani pertahanan Everton England John Stones.

Dengan ketibaan Ramos yang sudah ditetapkan sebagai pra-syarat untuk perpindahan David de Gea ke Madrid, penjaga gol United itu telah ditinggalkan oleh Van Gaal dalam kedudukan yang diketahui sebagai ‘tidak baik’. Pemain Terbaik United 2014-15 itu bersedia untuk memulakan kempen baru tetapi penjaga gawang Argentina Sergio Romero pula dibawa masuk sebagai sebahagian daripada rancangan sokongan, sekali gus terus meminggirkan Victor Valdes.

United memulakan musim di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur Sabtu ini dan pusingan kalah mati kelayakan Liga Juara-Juara bakal menyusul, mereka tidak mampu lagi mengulangi permulaan lembap seperti setahun yang lalu.

Premier League matchday 1

ARTIKEL YANG SAMA