United setuju ikat Pogba 112 juta pound

United setuju ikat Pogba 112 juta pound

LONDON, 28 Julai – Manchester United dilaporkan sudah bersetuju menandatangani Paul Pogba dari Juventus dengan tawaran sebanyak 112 juta pound.

The Sun melaporkan perjanjian itu dipersetujui dengan menyaksikan The Red Devils membayar Bianconeri sebanyak 92 juta pound dan tambahan 20 juta pound lagi kepada ejennya, Mino Raiola. Difahamkan, Raiola turut mengaut keuntungan duit poket sebanyak 4 juta daripada Juventus.

Bintang antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu meninggalkan United pada 2012 dengan bayaran pampasan 800,000 pound dan kini kembali dengan memecahkan rekod perpindahan termahal dunia.

Ia mengatasi perjanjian Real Madrid dalam mendapatkan Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo. Raiola dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pengarah besar Juventus, Beppe Marotta semalam dan ia kini dipercayai perjanjian itu sudah dianggap selesai.

Pengurus United Jose Mourinho semasa berada di Shanghai, China berkata, memang benar mereka memburu Pogba sehingga beliau berkata, “mustahil ada asap jika tiada api. “Saya tidak akan cuba untuk membuat anda naif dan percaya kami tidak cuba untuk mendapatkan seorang pemain.”

Paul Pogba bersetuju menyertai Man United dari Juventus dengan bayaran perpindahan dilaporkan bernilai 112 juta pound. – AP
Paul Pogba bersetuju menyertai Man United dari Juventus dengan bayaran perpindahan dilaporkan bernilai 112 juta pound. – AP

Bagaimanapun, Mourinho, yang menggantikan Louis van Gaal yang dipecat selepas gagal menyelia United yang memenangi Piala FA musim lalu, berkata jika gagal mengikat Pogba, pilihan sandaran akan dilancarkan.

Rakan sepasukan Pogba dan midfield Paris Saint Germain yang tidak mengenal penat lelah Blaise Matuidi telah disebut-sebut sebagai alternatif.

“Kami menetapkan empat sasaran. Kita mendapat tiga daripada mereka dan akan mendapatkan yang keempat,” kata Mourinho.

“Kita sudah membuat profil empat pemain untuk memperbaiki skuad dan memberikan kita lebih banyak pilihan terutama mereka yang dapat disesuaikan dengan cara saya berfikir tentang bola sepak.

“Semua orang bercakap mengenai satu, tetapi ia bukan kejutan untuk saya jika bukan dia dan sudah pasti orang lain kerana kami mementingkan profil. Kami mempunyai dua pilihan di hadapan.” – AFP