United tak sasar trofi Liga Juara-Juara

United tak sasar trofi Liga Juara-Juara

SAN JOSE, AS, 26 Julai (AFP) – Pengendali Manchester United, Louis van Gaal menegaskan, pasukan bimbingannya itu tidak akan mensasarkan kejuaraan Liga Juara-Juara apabila kembali memulakan saingan musim baharu, tatkala mereka bersiap berdepan Barcelona hari ini.

Kira-kira 93,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Levi’s Santa Claras, gelanggang San Francisco 49ers, bagi menyaksikan perlawanan persahabatan berprestij antara United dan juara Eropah itu. Semalam, Van Gaal menggesa pemainnya supaya menggunakan sepenuhnya peluang untuk mengukur kemampuan masing-masing ketika berdepan kelab paling berjaya di dunia sepanjang sedekad lalu.

“Saya katakan kepada pemain, adalah sesuatu yang hebat apabila beraksi menentang Barcelona kerana anda boleh tahu serba sedikit dimana tahap anda berada, bagaimana hendak bermain bagi merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara,” kata Van Gaal.

“Sasaran kami bukan untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara tapi untuk terus bersaing.

“Sudah tentu, saya sedar ini adalah aksi pra musim dan kami tahu kemenangan bukanlah yang sebenar, sebaliknya persembahan itu lebih penting berbanding keputusan.”

United sebelum ini sering kali kecewa di tangan Barcelona dalam saingan Eropah sepanjang sedekad lalu, apabila tewas dalam dua final Liga Juara-Juara pada tahun 2009 dan 2011.

ARTIKEL YANG SAMA