United tambah piala kejuaraan

United tambah piala kejuaraan

LONDON, 22 Mei (AFP) – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mempertahankan pencapaiannya selepas laporan bahawa Jose Mourinho bakal menggantikannya dengan dibayangi kejayaan Piala FA pasukannya menentang Crystal Palace, awal pagi tadi.

Manchester United menjuarai Piala FA dengan kemenangan 2-1 dalam masa tambahan menentang Crystal Palace menerusi gol pemain gantian, Jesse Lingard, pada perlawanan akhir di Stadium Wembley.

Pada aksi di Wembley itu, Palace terlebih dulu di depan pada minit ke-78 menerusi gol Jason Puncheon namun Juan Mata menyamakan kedudukan, tiga minit berselang sebelum pemain gantian, Jesse Lingard meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan United kini menyamai rekod terbanyak pemenang Piala FA bersama Arsenal iaitu 12 kejuaraan.

Van Gaal sentiasa dihimpit dengan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford musim ini namun selepas menambah trofi kejayaannya di Belanda, Sepanyol dan Jerman, dia jelas gembira dengan kejayaan terbarunya itu di England.

Jesse Lingard menjulang Piala FA Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace di Stadium Wembley, London semalam. – AP
Jesse Lingard menjulang Piala FA Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace di Stadium Wembley, London semalam. – AP

“Menakjubkan untuk memenangi gelaran ini untuk kelab, untuk peminat dan juga buat saya, kerana ini saya sudah memenangi trofi di empat negara, dan tidak banyak pengurus berjaya melakukannya,” kata Van Gaal kepada BT Sport.

Kejayaan United hadir sekali pun mereka terpaksa beraksi pada pertengahan minggu lalu menentang Bournemouth, perlawanan yang ditunda selepas Old Trafford digemparkan dengan bungkusan disyaki bom, minggu lalu.

Lebih manis, United terpaksa bermain 10 pemain selepas Chris Smalling diarah keluar padang kerana dilayangkan dua kad kuning.

“Dengan 10 pemain, dan kami bermain pada petang Sabtu, namun saya fikir kami layak untuk memenanginya,” katanya. “Ia gol yang menakjubkan, eh?

ARTIKEL YANG SAMA