United tawar kontrak dua tahun kepada Schwini

United tawar kontrak dua tahun kepada Schwini

BERLIN, 10 Julai (AFP) – Kapten pasukan kebangsaan Jerman, Bastian Schweinsteiger ditawarkan kontrak selama dua tahun untuk menyertai Manchester United, menurut laporan akhbar negara itu, Bild, hari ini.

Usaha United untuk membawa masuk pemain berusia 30 tahun itu daripada Bayern Munich selepas 17 tahun bersama gergasi Bavaria itu, jelas semakin serius kali ini.

Pemain itu dilaporkan ditawarkan gaji sekitar 10 juta euro setahun – jumlah yang sama dinikmati oleh naib ketua pasukan itu ketika bersama kelabnya sekarang ini.

Schweinsteiger – yang mempunyai 111 kaps bersama Jerman dan membuat 342 penampilan bersama Bayern – masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Dia dijangka menyertai pasukan Bayern pada Sabtu sebelum bersama juara Liga Jerman itu dalam saingan empat penjuru di Moenchengladbach pada Ahad.

Schweinsteiger (kiri) bercakap kepada Ryan Giggs selepas babak pertama suku akhir Liga Juara-Juara 2014 selesai semasa Manchester City dan Bayern bertemu di Old Trafford 1 April 2014. – AFP
Schweinsteiger (kiri) bercakap kepada Ryan Giggs selepas babak pertama suku akhir Liga Juara-Juara 2014 selesai semasa Manchester City dan Bayern bertemu di Old Trafford 1 April 2014. – AFP

Pengendali United, Louis van Gaal adalah peminat Schweinsteiger sejak musim 2009-2011 ketika dia membimbing Bayern merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara 2010, pada ketika ini turut sedang berusaha memancing pemain antarabangsa Sepanyol, Sergio Ramos dari Real Madrid untuk dibawa ke Old Trafford.

Sebelum ini, Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dilaporkan berkata ada berbual singkat dengan Schweinsteiger, dan pemain pertahanan itu mengakui kagum dengan pendekatan United.

ARTIKEL YANG SAMA