United terus mara

United terus mara

MANCHESTER, 1 Dis – Zlatan Ibrahimovic dan Anthony Martial, masing-masing meledak dua gol untuk Manchester United membenam West Ham 4-1 pada suku akhir Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan United akan bertemu Hull City yang awal pagi layak ke separuh akhir.

Kejutan pada satu lagi suku akhir berlaku apabila Arsenal tumbang 0-2 kepada Southampton 2-0 di Stadium Emirates. Southampton akan bertemu Liverpool pada satu lagi aksi separuh akhir.

United memperoleh gol seawal minit kedua menerusi Ibrahimonic sebelum West Ham menyamakan kedudukan menerusi Ashley Fletcher pada minit ke-35. Martial pula menyinar untuk gol kedua Man United pada minit ke-48 dan gol ketiga pada minit ke-62 sebelum Ibrahimovic memperoleh gol keduanya pada hujung masa permainan.

Martial (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya Ibrahimovic selepas menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris di Old Trafford, Manchester semalam. – AP
Martial (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya Ibrahimovic selepas menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris di Old Trafford, Manchester semalam. – AP

Aksi di Old Trafford turut menyaksikan kembalinya Bastian Schweinsteiger untuk pertama kali musim ini dan dimasukkan sebagai pemain gantian pada lewat masa permainan. Sementara itu, percaturan pengurus Arsenal, Arsene Wenger melakukan 10 pertukaran pemain memakan diri apabila Southampton menamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah Arsenal.

Penyerang Belanda, Jordy Clasie meledak gol awal pada minit ke-13 untuk Southampton manakala pertahanan kini England, Ryan Bertrand menambah gol kedua pelawat pada minit ke-38. – AFP