United tidak bernasib baik – Mourinho

United tidak bernasib baik – Mourinho

MANCHESTER, United Kingdom, 20 Nov – Pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho menggelar pasukannya “pasukan yang tidak bernasib baik dalam Liga Perdana” selepas mereka hanya mampu terikat seri 1-1 kepada Arsenal, semalam.

United mendapat ganjaran melalui tekanan mereka apabila Juan Mata meletakkan mereka di depan pada minit ke-69, hanya bagi Olivier Giroud menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat perlawanan dengan percubaan tepat dalam sasaran pertama Arsenal.

United hanya memenangi dua perlawanan dari sembilan perlawanan lalu dan mengekori Arsenal dengan enam mata.

“Sudah tentu ia melepaskan dua mata. Kami adalah pasukan terbaik sepanjang perlawanan. Mereka tidak memiliki peluang untuk menang,” kata Mourinho.

“Ini mungkin bukanlah cara kebiasaan Arsenal beraksi, kami baik dalam pertahanan.

Cara kami memberikan tekanan dan cara kami mengawal serangan mengejut mereka.

“Kemudian apabila kami memiliki bola kami begitu selesa. Kami menjaringkan gol menarik, kami berpeluang untuk memenangi perlawanan dan tidak semena-mena, mereka menjaringkan gol.

“Mereka bernasib baik dan kami tidak. Mereka beraksi dengan baik. Pasukan ini pada ketika ini adalah pasukan yang tidak bernasib baik dalam Liga Perdana. Ia adalah realiti.”

Arsenal tidak menjejaskan penjaga gawang United, David de Gea sehingga Giroud melompat untuk menanduk masuk hantaran lintang dari Alex Oxlade-Chamberlain.

Tetapi pasukan pengurus pelawat, Arsene Wenger bertegas untuk tidak menerima kekalahan.

“Keputusan pada akhirnya adalah positif bagi kami kerana kami ketinggalan 1-0 dengan berbaki dua minit,” pengurus dari Perancis itu memberitahu Sky Sports.

“Selebihnya ia adalah perlawanan yang sedikit tidak menentu dengan kedua buah pasukan menyusun permainan yang bertahan dengan baik.” – AFP