United tumbang, Reds, Spurs terikat

United tumbang, Reds, Spurs terikat

PARIS, 19 Feb (AFP) – Kekalahan yang dialami Manchester United dan Louis Van Gaal berlaku secara berterusan seolah-olah dipalit ‘badi’ apabila mereka tewas 2-1 di tangan juara Liga Denmark, Midtjylland dalam saingan Liga Europa yang berlangsung malam tadi.

Gol daripada pemain berbakat Pione Sisto dan penyerang muda Nigeria, Paul Onuachu membolehkan Midtjylland merakam kemenangan ke atas United selepas Memphis Depay terlebih dahulu meletakkan pasukan The Red Devils itu di hadapan pada aksi pertama timbal balik kelompok 32 pasukan terbaik itu.

Pengendali Belanda itu kini mengakui merangkul Piala Europa adalah peluang terbaiknya untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan, namun kekalahan ini sekali gus meningkatkan lagi tekanan ke atas dirinya.

Van Gaal menurunkan barisan keduanya dengan Sergio Romero menggantikan David De Gea yang mengalami kecederaan selain, turut menurunkan Paddy McNair serta Donald Love menentang pasukan terbabit yang sebelum ini menyingkirkan Southampton.

Sementara itu, di Itali, pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs lebih bernasib baik selepas mengikat kelab Serie A, Fiorentina 1-1 sekali gus memberikan kelebihan buat mereka pada aksi timbal balik kedua minggu hadapan.

Aksi Daley Blind bersaing dengan Pione Sisto dalam perlawanan antara Manchester United menentang Midtjylland. Manchester United terpaksa akur selepas ditewaskan Midtjylland 2-1. – Reuters
Aksi Daley Blind bersaing dengan Pione Sisto dalam perlawanan antara Manchester United menentang Midtjylland. Manchester United terpaksa akur selepas ditewaskan Midtjylland 2-1. – Reuters
Nacer Chadli meraikan jaringan bersama Thomas Carroll dan Christian Eriksen selepas menjaringkan gol pertama mereka menentang Fiorentina. Tottenham Hotspurs dan Fiorentina terikat sama 1-1 dalam kelab Serie A. – Reuters

Aksi Markus Feulner dan Alberto Moreno ketika bersaing dalam perlawanan Augsburg menentang Liverpool yang berkesudahan tanpa jaringan. – Reuters
Aksi Markus Feulner dan Alberto Moreno ketika bersaing dalam perlawanan Augsburg menentang Liverpool yang berkesudahan tanpa jaringan. – Reuters

Mauricio Pochettino membariskan barisan terbaiknya meskipun kehilangan khidmat penjaga gol utama, Hugo Lloris akibat kecederaan selain meletakkan penyerang berbisanya, Harry Kane di bangku simpanan.

Spurs terlebih dulu di depan pada minit ke-37 hasil jaringan Nacer Chadli yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Ben Davies dijatuhkan Nenad Tomovic dalam kotak penalti.

Kepulangan Jurgen Klopp ke Jerman pula menyaksikan pasukan bimbingannya itu sekadar terikat 0-0 menentang Augsburg dengan kedua-dua pasukan kini masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Liverpool pastinya kecewa kerana gagal memperoleh gol di tempat lawan, namun mereka perlu menarik nafas lega selepas pemain gantian, Ji Dong Won nyaris memberikan gol tunggal perlawanan buat pasukan tuan rumah selepas rembatannya menggegar palang pada minit akhir perlawanan.

“Tidak ada gunanya terbawa-bawa, 0-0 berada di tempat sendiri bukan keputusan yang tidak baik, tetapi kita masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Klopp.

ARTIKEL YANG SAMA