United tundukkan Southampton

United tundukkan Southampton

LONDON, 21 Sept (Agensi) – Manchester United mengutip mata penuh di Stadium St Mary, semalam selepas menundukkan tuan rumah, Southampton 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi mendebarkan itu, skuad The Saints lebih dulu berada di depan menerusi jaringan Graziano Pelle pada minit ke-13.

Kedudukan kemudian disamakan oleh bintang baru United, Anthony Martial pada minit ke-34.

Martial kembali meledak pada minit ke-50 bagi meletakkan skuad The Red Devils di depan, sebelum Juan Mata menggandakan kelebihan itu kepada 3-1 pada minit ke-68.

Aksi pemain Man United Martial (kiri) ketika menyumbat gol keduanya pada perlawanan EPL menentang Southampton di Stadium St Mary di Southampton, selatan England pada 20 September 2015. – AFP
Aksi pemain Man United Martial (kiri) ketika menyumbat gol keduanya pada perlawanan EPL menentang Southampton di Stadium St Mary di Southampton, selatan England pada 20 September 2015. – AFP

Tuan rumah merapatkan kedudukan 2-3 ketika saingan berbaki empat minit dan sekali lagi menerusi Pelle.

Namun Southampton gagal menggunakan kelebihan tempoh lima minit masa tambahan untuk menyekat United mencatatkan kemenangan dan keempat musim ini daripada enam perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA