Universitas Bung Karno minat jalin kerjasama

Universitas Bung Karno minat jalin kerjasama

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) – Universitas Bung Karno (UBK), Indonesia berminat menjalin kerjasama dengan tiga universiti tempatan di negara ini dalam bidang minyak dan gas; pengurusan dan teknologi.

Hasrat tersebut dinyatakan pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri semasa melakukan kunjungan hormat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sini, Isnin lalu.

Dalam sidang media selepas itu, Dr. Mahathir berkata tiga universiti dari negara ini yang dipilih oleh UBK ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Tun Dr. Mahathir Mohamad tatkala menerima kunjungan hormat Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam. – Bernama
Tun Dr. Mahathir Mohamad tatkala menerima kunjungan hormat Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam. – Bernama

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata pihaknya akan menjadi pemudah cara bagi merealisasikan kerjasama antara UBK dengan UUM; MMU dan UTP.

“Kerjasama ini mungkin melibatkan pertukaran maklumat antara pensyarah dari Malaysia dan Indonesia,” demikian katanya sambil menambah satu memorandum persefahaman (MOU) mengenainya sedang dirangka.

ARTIKEL YANG SAMA