Universiti AS dahului dalam inovasi

Universiti AS dahului dalam inovasi

LONDON, 16 Sept (AFP) – Universiti-universiti Amerika Syarikat (AS) menerajui dunia dalam pembaharuan saintifik, tetapi berdepan persaingan sengit daripada saingan Asia yang rapat dengan industrinya, menurut analisis terperinci ke atas kertas akademik dan fail paten.

Tinjauan pertama Reuters Top 100, yang disiarkan kelmarin menempatkan Universiti Stanford di tempat teratas, memperlihatkan kedudukannya sebagai pusat bagi idea baru di tengah Silicon Valley.

Alumi Stanford telah mencipta beberapa syarikat teknologi terbesar di dunia, termasuklah Hewlett-Packard, Yahoo dan Google.

Tempat sembilan teratas diduduki oleh sekolah-sekolah AS dengan Institusi Teknologi (MIT) dan Universiti Harvard berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) berada di tempat ke-10, sementara Imperial College London adalah universiti Eropah tertinggi berada di tempat ke-11.

Universiti-universiti Asia adalah penggerak dalam pembaharuan saintifik dan telah terutamanya terbukti dalam menjadikan ini sebagai produk, dengan Korea Selatan – pusat gergasi teknologi yang semakin berkembang seperti Samsung – yang mencatatkan tertinggi dalam kelulusan paten.

Korea Selatan mempunyai lapan buah sekolah dalam 100 universiti terunggul, manakala Jepun mempunyai sembilan – lebih kesemua negara, kecuali AS.

Bagaimanapun China hanya mempunyai satu kemasukan pada senarai di universiti Tsinghua, yang menduduki tempat ke-72.

Penggubal dasar dan perbadanan seumpamanya bergantung pada universiti untuk mengubah sains yang dibiayai secara terbuka menjadi pengetahuan dan terutamanya produk baru yang menjana pertumbuhan ekonomi.

Tetapi sementara pembaharuan akademi dipuji di seluruh dunia, tidak mudah untuk menilai.

ARTIKEL YANG SAMA