Universiti di Sweden ditutup ancaman ‘serangan’

Universiti di Sweden ditutup ancaman ‘serangan’

STOCKHOLM, 25 Jan – Universiti Orebro di tengah ibu kota Sweden ditutup hari ini selepas menerima ancaman pihak tertentu sehingga mencetuskan kebimbangan berkaitan serangan yang dirancang.

“Ancaman itu ditujukan kepada Universiti Orebro dibuat menggunakan aplikasi Jodel,” kata universiti itu menerusi laman web mereka pada Ahad.

“Kita tidak boleh menjejaskan keselamatan pelajar, kakitangan dan pelawat. Oleh itu, kami memutuskan selepas berbincang dengan polis untuk menutup universiti ini pada 25 Januari,” katanya. Jodel ialah aplikasi telefon bimbit buatan Jerman yang membolehkan pelajar di kampus yang sama menghubungi antara satu sama lain dan popular di kalangan pelajar Sweden.

Menurut agensi berita Sweden TT, pesanan dibuat menerusi Jodel pada Sabtu lalu memberitahu pelajar supaya tidak hadir kelas pada Isnin ‘jika mereka ingin selamat.’ Universiti itu membuat aduan kepada pihak berkuasa dan polis menambah anggota untuk mengawal di kawasan kampus. Universiti itu mempunyai 17,000 pelajar dan 1,200 kakitangan. – AFP