Universiti Kinki Jepun ubah nama

Universiti Kinki Jepun ubah nama

TOKYO, 1 April (AFP) – Universiti Kinki Jepun akhirnya telah menamatkan ejekan negara luar selama bertahun-tahun lamanya mengenai namanya itu dengan menukarkannya kepada tatanama yang lebih berupa sistem nama sains atau seni.

Menandakan permulaan tahun akademik baru Jepun, sekolah Osaka hari ini secara rasminya menjadi Universiti Kindai, mendedahkan plat yang membawa nama baru dalam Bahasa Inggeris di salah satu pagar utamanya – kepada para pelajar pertukaran. Seperti Fukuppy, maskot bagi Industri Fukushima pembuat peti ais industri, nama ‘Universiti Kinki’ tidak mengejutkan di Jepun, ia merujuk kepada rantau barat yang termasuk wilayah Osaka, Kyoto dan Hyogo, di antara yang lain.

Bagi para pelajar yang fasih dalam Bahasa Inggeris, bagaimanapun, ia memberi erti yang memalukan.

“Nenek saya memberi saya pandangan pelik apabila saya memberitahunya saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kinki,” Mei Ichinose, seorang pelajar Britain dan keturunan Jepun, memberitahu agensi berita Jepun, Kyodo News.

ARTIKEL YANG SAMA