Universiti Pakistan dibuka semula selepas serangan

Universiti Pakistan dibuka semula selepas serangan

PESHAWAR, Pakistan, 15 Feb – Universiti di barat daya Pakistan di mana lelaki bersenjata Taliban membunuh sekurang-kurangnya 20 orang bulan lalu, dibuka semula untuk kuliah hari ini dengan pensyarah—bukannya pelajar—dibenarkan untuk membawa senjata.

Militan Taliban Pakistan sudah mengancam akan menggiatkan serangan ke atas sekolah dan universiti semenjak serangan ke atas Universiti Bacha Khan di Charsadda pada 20 Januari, menyemarakkan satu rasa tidak selamat di negara itu.

Serangan mengingatkan rakyat Pakistan mengenai kejadian ngeri yang berlaku setahun sebelum ini, apabila militan membunuh 134 murid-murid di sebuah sekolah tentera hanya 31km di Peshawar, di bandar utama wilayah Khyber Pakhtunkhwa. – Reuters

Pelajar Pakistan berjalan melepasi poster yang menunjukkan imej serangan di universiti Bacha Khan selepas ia dibuka semula di bandar timur laut Charsadda hari ini. –AFP
Pelajar Pakistan berjalan melepasi poster yang menunjukkan imej serangan di universiti Bacha Khan selepas ia dibuka semula di bandar timur laut Charsadda hari ini. –AFP

ARTIKEL YANG SAMA