Unjuran ekonomi dunia 2016 disemak semula

Unjuran ekonomi dunia 2016 disemak semula

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Moody’s Investors Service menyemak semula unjuran ekonomi dunia 2016, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara G20 kepada purata 2.8 peratus, 0.3 peratus lebih rendah daripada diunjurkan sebelum ini.

“Dalam kebanyakan semakan semula, kami memberi tumpuan kepada unjuran 2016, manakala di beberapa negara, aktiviti-aktiviti yang lebih lemah daripada jangkaan pada suku kedua tahun ini telah menjadikan kami menyemak semula KDNK 2015 ke bawah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi China, firma penyelidikan menjangka pertumbuhan KDNK berada pada 6.3 peratus tahun depan berbanding 6.5 peratus sebelum ini, kerana beberapa bukti yang menunjukkan kelembapan dalam eksport dan pelaburan berterusan pada suku ketiga.

“Pertumbuhan yang lebih rendah di China bersama-sama dengan beberapa bukti kelemahan seterusnya dalam aktiviti ekonomi di beberapa negara-negara besar lain adalah sebab utama semakan unjuran kami,” katanya.

Moody’s berkata Korea Selatan dan Jepun juga akan menghadapi permintaan yang lembap bagi barang perkilangan dieksport ke China, dianggarkan pertumbuhan KDNK 2016 kedua-dua negara masing-masing kira-kira 2.0-3.0 peratus dan 0.5-1.5 peratus.

Sementara itu, unjuran Moody’s untuk pertumbuhan di kawasan euro tidak berubah pada kira-kira 1.5 peratus pada 2015 dan 2016 sebagai hubungan antara China dan Eropah adalah terhad.

Semakan sedikit ke bawah, bagaimanapun, dianggarkan bagi pertumbuhan KDNK AS pada 2016, kepada 2.6 peratus daripada 2.8 peratus sebelum ini, kerana aktiviti negatif berpanjangan daripada dolar yang lebih kukuh dan harga minyak yang lebih rendah.

Ia berkata kejatuhan menyeluruh dalam harga ekuiti baru-baru ini tidak akan mempunyai kesan langsung kepada aktiviti ekonomi di kebanyakan negara, termasuk China, kerana penurunan ini berlaku selepas tempoh masa yang panjang kenaikan harga dalam beberapa pasaran. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA