Untung bersih Aus$9.063 bilion

Untung bersih Aus$9.063 bilion

SYDNEY, 12 Ogos – Bank terbesar Australia, Commonwealth, hari ini melaporkan pertambahan lima peratus dalam keuntungan bersih tahun penuh kepada Aus$9.063 bilion, walaupun keputusan meleset pada separuh tahun kedua.

Syarikat terbesar negara berdasarkan pemodalan pasaran berkata keuntungan bersih untuk tahun ini sehingga 30 Jun meningkat daripada Aus$8.63 bilion 12 bulan sebelumnya, memenuhi jangkaan.

Keuntungan tunai, langkah pendapatan bank yang menghapus kos sekali gus, meningkat sebanyak lima peratus kepada Aus$9.137 bilion.

Saham dalam institusi kewangan dihentikan perniagaan tatkala ia mengumumkan pengumpulan modal berjumlah Aus$5 bilion untuk memenuhi syarat-syarat peraturan yang lebih ketat, yang menyusuli langkah yang sama oleh Bank Nasional Australia (NAB) dan ANZ. – AFP