Untung bersih FGV meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meningkat kepada RM208.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 daripada RM66.45 juta yang dicatatkan pada 2016.

Perolehan bagaimanapun susut dua peratus kepada RM16.97 bilion daripada RM17.24 bilion bagi tempoh yang sama, berikutan keuntungan rendah yang terakru daripada sektor gula akibat kos gula mentah lebih tinggi, menurut FGV dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Group, Datuk Zakaria Arshad berkata sektor perladangan mencatatkan peningkatan ketara dengan keuntungan sebanyak RM554 juta berbanding RM234 juta pada??????? 2016, didorong pengeluaran tandan buah segar (FFB) lebih tinggi, margin jualan minyak sawit mentah??????? (MSM) lebih?????? baik serta prestasi kukuh daripada syarikat usaha sama.

Beliau berkata, pengeluaran MSM bertambah 12 peratus kepada 2.99 juta tan seiring dengan pertumbuhan pengeluaran??????? FFB daripada 3.91 juta tan yang dicatatkan pada tahun kewangan 2016 kepada 4.26 juta tan pada tahun kewangan 2017, manakala profil usia purata meningkat dari 14.9 tahun kepada 14.5 tahun.

Datuk Zakaria Arshad ketika taklimat media mengenai Laporan Suku Kedua Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) . Beliau berkata sektor perladangan mencatatkan peningkatan ketara dengan keuntungan seba-nyak RM554 juta berbanding RM234 juta pada??????? 2016. – Bernama

Keuntungan sektor logistik dan lain-lain juga melonjak kepada RM45 juta daripada RM8 juta bagi tempoh yang sama dipacu oleh pengendalian lebih tinggi dalam perniagaan pukal dan kenaikan muatan tanan???? ???oleh operasi pengangkutan seiring dengan kenaikan jumlah pengeluaran MSM, katanya.

Pada masa depan, FGV dijangka memulihkan kekurangan tenaga kerja menjelang pertengahan 2018 sekali gus mempertingkatkan kecekapan pengambilan hasil tanaman dan menambah pengeluaran FFB tahun ini sebanyak sembilan peratus kepada 4.85 juta tan.

Selain itu, langkah tersebut turut mengurangkan kos di kilang, tidak termasuk sebarang caj lain seperti penghantaran atau cukai, bagi pengeluaran MSM kepada RM1,562 bagi setiap tan.

Zakaria berkata, FGV akan terus mengembangkan keupayaan perniagaan sektor logistik dan lain-lain untuk mewujudkan peluang luaran bagi syarikat, termasuk pemerolehan tangki cecair dan kering baharu selain meneroka peluang perniagaan luaran daripada pelbagai projek infrastruktur. – Bernama