Untung Cathay Pacific meningkat

Untung Cathay Pacific meningkat

HONG KONG, 9 Mac (AFP) – Cathay Pacific pesawat penerbangan Hong Kong mengatakan keuntungan bersih hampir berganda tahun lepas ketika harga minyak jatuh mengurangkan kos minyak dan merangsang jumlah penumpang, walaupun tuntutan global menjejaskan unit kargo.

Dengan minyak dikatakan menjadi perbelanjaan besar kebanyakan pesawat penerbangan, kemerosotan dalam harga minyak mentah sejak pertengahan 2014 telah memberi rangsangan yang sangat diperlukan sehingga ke paras terendah.

Cathay melaporkan keuntungan bersih sekitar HK$6 bilion (AS$773 juta) pada 2015, meningkat 90 peratus dari HK$3.15 bilion tahun sebelumnya dan menewaskan purata yang diramalkan sekitar HK$5.32 bilion dalam tinjauan Bloomberg.

“Pencapaian kumpulan itu pada 2016 adalah lebih baik….perniagaan mendapat manfaat daripada harga minyak rendah,” kata pengerusi John Slosar dalam satu kenyataan yang difailkan dalam Bursa Saham Hong Kong. Tambahnya terdapat ‘pengurangan signifikan dalam surcaj minyak.”

John Slosar tiba untuk menyampaikan sidang berita dalam keputusan tahunan penerbangan itu di Hong Kong, China pada 9 Mac. – Reuters
John Slosar tiba untuk menyampaikan sidang berita dalam keputusan tahunan penerbangan itu di Hong Kong, China pada 9 Mac. – Reuters

Cathay mengatakan ia dan subsidiarinya Dragonair telah menyaksikan kos minyak mereka tenggelam 37.8 peratus, walaupun sebahagiannya diimbangi oleh kerugian besar dalam pendedahan lindung nilai – apabila penerbangan terkunci dalam harga pada paras yang ditetapkan awal bagi jumlah masa tertentu.

“Kerugian lindung nilai minyak mengurangkan faedah kos minyak rendah,” kata Slosar.

Surcaj minyak rendah membantu merangsang jumlah penumpang kepada 7.9 peratus, dipacu oleh tuntutan kelas ekonomi yang kukuh, menurut syarikat itu.

“Keseluruhannya, permintaan penumpang masih lagi kukuh dan kami menjangkakan untuk terus mendapat manfaat daripada harga minyak rendah,” kata Pengerusi Cathay, John Slosar dalam satu kenyataan.