Untung Petronas dagangan meningkat

Untung Petronas dagangan meningkat

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Keuntungan sebelum cukai Petronas Dagangan Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2015 naik kepada RM297.679 juta berbanding RM223.629 juta tahun lepas.

Perolehan bagaimanapun, susut kepada RM6.529 bilion daripada RM8.226 bilion sebelumnya disebabkan penurunan dalam harga jualan purata dan jumlah jualan, masing-masing sebanyak 18 peratus dan tiga peratus.

“Penurunan dalam harga jualan purata seiring dengan kejatuhan dalam harga Means of Platts Singapore bermula Jun 2014,” demikian menurut Petronas Dagangan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai masa depan, syarikat itu akan terus berusaha meningkatkan jualan produk petroleumnya, memanfaatkan Petronas Primax 95 dan produk yang baru dilancarkan Euro4 Petronas Primax 97.