Untung pracukai Bintulu Port naik kepada RM54.07 juta

Untung pracukai Bintulu Port naik kepada RM54.07 juta

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Keuntungan sebelum cukai Bintulu Port Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2016 meningkat kepada RM54.07 juta berbanding RM47.1 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata keputusan lebih baik itu disumbangkan peningkatan muatan hasil minyak sawit, kargo pukal kering, kargo am serta kontena.

Bagi perancangan masa depan, kumpulan itu menjangka dapat mengekalkan prestasinya biarpun berdepan persekitaran ekonomi mencabar tahun ini.

Usaha pengendalian gas asli cecair serta kargo masih menjadi penyumbang utama kepada kumpulan itu.

Kargo lain yang dijangka turut memberi sumbangan positif termasuk minyak sawit, kontena serta baja pukal. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA