Untung sebelum cukai Petronas meningkat

Untung sebelum cukai Petronas meningkat

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) – Untung sebelum cukai Petronas Gas Bhd naik kepada RM578.72 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2016 berbanding RM571.29 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan meningkat kepada RM1.13 bilion daripada RM1.10 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Petronas Gas berkata perolehan disumbangkan terutamanya oleh hasil pemprosesan gas yang lebih tinggi seiring dengan prestasi berasaskan pendapatan struktur dan hasil penegasan semula yang lebih tinggi berpunca yuran penyimpanan yang meningkat.

ARTIKEL YANG SAMA