Untung suku pertama Baidu merosot, raih AS$2.053 bilion

Untung suku pertama Baidu merosot, raih AS$2.053 bilion

SAN FRANCISCO, 30 April – Syarikat China Baidu semalam melaporkan keuntungan suku pertamanya merosot meskipun pendapatan meningkat lebih satu pertiga disebabkan penggunaan telefon pintar untuk memasuki perkhidmatan berkenaan.

Pendapatan untuk suku yang berakhir pada 31 Mac berjumlah AS$2.053 bilion, pertambahan 34 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut syarikat Internet yang berpangkalan di Beijing.

Namun pendapatan bersih adalah AS$395.1 juta, merosot 3.4 peratus tahun ke tahun, angka pendapatan menunjukkan.

Angka tersebut masih mengatasi jangkaan untuk pendapatan bersih sebanyak 2.34 bilion yuan, menurut anggaran 13 penganalisis yang dikumpulkan oleh Bloomberg News.

Pendapatan peranti menyumbang kepada separuh daripada wang yang diperoleh oleh Baidu pada Januari-Mac, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Pemandangan bahagian depan bangunan ibu pejabat Baidu di Beijing, China. – AFP
Pemandangan bahagian depan bangunan ibu pejabat Baidu di Beijing, China. – AFP

“Peranti, setelah mencecah 50 peratus daripada talian teratas, terus menjadi penjana pertumbuhan pendapatan,” kata ketua eksekutif Robin Li pada satu persidangan selepas pendapatan dikeluarkan.

“Kami melihat lebih banyak pertumbuhan di depan daripada platform pemasaran peranti kami,” kata beliau, menambah perniagaan terasnya adalah “amat memberangsangkan” pada suku pertama.

Baidu telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan menerusi Internet, termasuk penghantaran makanan dan tempahan tiket filem.

Pada tahun lalu, ia melabur dalam aplikasi perkongsian perjalanan Uber.

Syarikat itu meramalkan pertambahan sebanyak 36.5-39.7 peratus dalam pendapatan pada suku kedua.

“Asas perniagaan kami adalah amat kukuh dan peluang pertumbuhan untuk Baidu pada masa depan adalah cerah,” beritahu ketua pegawai kewangan Baidu Jennifer Li kepada penganalisis pada persidangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA