UOB kendali kempen derma darah

UOB kendali kempen derma darah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Dalam usaha untuk menghulurkan khidmat bakti serta membantu mereka yang memerlukan, Bank United Overseas (UOB) mengadakan Kempen Menderma Darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang berlangsung di Cawangan UOB, Kiulap, hari ini.

Kempen dianjurkan dengan kerjasama pusat itu disertai oleh para pegawai dan kakitangan bank berkenaan serta orang ramai, yang mana ia merupakan salah satu projek kebajikan dan tanggungjawab korporat sosial bank berkenaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Kempen itu merupakan kempen ke-5 yang dijalankan oleh bank berkenaan sejak 2008 dan ia diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Para penderma darah semasa kempen itu juga diberikan cenderahati istimewa oleh bank berkenaan sebagai tanda penghargaan di atas bantuan mereka menjayakan kempen berkebajikan berkenaan.

Antara yang menderma darah semasa kempen berkenaan.
Antara yang menderma darah semasa kempen berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA