UOB Malaysia yakin ringgit naik tahun ini

UOB Malaysia yakin ringgit naik tahun ini

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) yakin ringgit akan meningkat berbanding dolar AS pada tahun ini kepada paras 4.10, memberi kelegaan kepada syarikat dan pengguna Malaysia yang banyak bergantung kepada barangan import.

Ahli Ekonomi UOB Malaysia Julia Goh berkata pasaran memberi tindak balas yang agak baik terhadap langkah-langkah fiskal baharu Malaysia yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan pada Januari. Beliau berkata langkah kerajaan untuk memperbaiki kedudukan fiskal negara daripada penurunan harga dan dolar AS yang lemah menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

“Kami berpendapat keadaan tidak menentu domestik (politik dan ekonomi) negara pada tahun lepas yang semakin reda juga akan membuka laluan kepada peningkatan prospek ringgit pada tahun ini.

“Kita telah melihat prestasi ringgit yang lebih teruk berbanding dolar AS pada tahun lepas, tetapi ia pulih dengan segera dan menjadi antara paling kukuh pada akhir suku terakhir,” katanya pada sidang media di sini Isnin.

ARTIKEL YANG SAMA