Upacara menaikkan Bendera Negara bagi Mukim-Mukim Zon 4

Upacara menaikkan Bendera Negara bagi Mukim-Mukim Zon 4

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mukim Sengkurong tahun ini menjadi tuan rumah kepada Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun bagi Mukim-Mukim Zon 4, Daerah Brunei dan Muara.

Upacara menaikkan bendera, petang tadi, telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Diraja yang juga selaku Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid semasa menyerahkan bendera kepada pegawai Jabatan Penjara.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid semasa menyerahkan bendera kepada pegawai Jabatan Penjara.
Perbarisan pembawa bendera masuk ke kawasan dewan kemasyarakatan yang diketuai oleh Dr. Haji Abdullah Hanif.
Perbarisan pembawa bendera masuk ke kawasan dewan kemasyarakatan yang diketuai oleh Dr. Haji Abdullah Hanif.

Terdahulu majlis dimulakan dengan perbarisan pembawa bendera masuk ke kawasan dewan kemasyarakatan yang diketuai oleh Ketua Kampung Sengkurong A, Dr. Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman selaku pengerusi/penyelaras acara tahun ini.

Kemudian bendera negara diserahkan kepada Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir yang seterusnya menyerahkannya kepada tetamu kehormat.

Majlis disusuli dengan Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Hamid menyerahkan bendera tersebut kepada pegawai Jabatan Penjara bagi majlis menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu kebangsaan.

ARTIKEL YANG SAMA