Upacara menaikkan bendera semarak Hari Kemerdekaan Pakistan

Upacara menaikkan bendera semarak Hari Kemerdekaan Pakistan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Sempena Hari Kemerdekaan Pakistan yang ke-70 tahun, Suruhanjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam pagi tadi mengadakan upacara menaikkan bendera di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kampung Lambak Kanan.

Hadir menyempurnakan upacara tersebut ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

Majlis diadakan untuk menyemarakkan lagi Hari Kemerdekaan Pakistan yang disambut pada 14 Ogos setiap tahun di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pakistan di negara ini.

Selepas menyempurnakan upacara menaikkan bendera, Ahmed Ali sirohey membaca perutusan daripada Presiden Pakistan dan meluangkan masa beramah mesra bersama warga Pakistan di negara ini.

Ahmed Ali Sirohey membaca perutusan daripada Presiden Pakistan.
Ahmed Ali Sirohey membaca perutusan daripada Presiden Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA