Upacara menyambung jambatan dan menaikkan kubah Projek Jambatan Sungai Kebun

Upacara menyambung jambatan dan menaikkan kubah Projek Jambatan Sungai Kebun

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Negara Brunei Darussalam mencatatkan dua detik bersejarah ke arah penyiapan pembinaan struktur utama Jambatan Sungai Kebun semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan yang dikeluarkan di sini semalam, pertama ialah penyambungan (stitching) bahagian terakhir yang menemukan struktur-struktur jambatan yang dibina di kedua-dua belah Sungai Brunei dan kini sudah pun menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan Mukim Sungai Kebun, Mukim Lumapas dan sekitarnya.

Manakala yang kedua ialah upacara menaikkan kubah berukuran garis pusat 8.7 meter dan dipasang di atas menara jambatan pada paras 130 meter.

Hadir menyaksikan penyiapan struktur jambatan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.

Upacara menaikkan kubah yang kemudiannya dipasang di atas menara jambatan pada paras 130 meter. Turut diadakan ialah penyambungan bahagian terakhir jambatan menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan Mukim Sungai Kebun, Mukim Lumapas dan sekitarnya.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Bagi memastikan keselamatan awam, khususnya pengguna jalan raya dan perahu di kawasan terbabit, beberapa wakil agensi kerajaan terdiri daripada Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas Polis Diraja Brunei, paramedik Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut dan Jabatan Kerja Raya telah ditugaskan di kawasan itu.

ARTIKEL YANG SAMA