Upacara Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Pengambilan Ke-13

Upacara Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Pengambilan Ke-13

Oleh Sim Y. H.

Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN – Setia, Takwa dan Berani, itulah nilai-nilai teras yang ditanamkan dalam sanubari 27 orang Pegawai Kadet yang diraikan dalam Upacara Perbarisan Pentauliahan (Sovereign’s Parade) Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Pengambilan Ke-13, hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat menyempurnakan upacara pentauliahan berkenaan yang berlangsung di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Perkhemahan Sungai Akar.

Keberangkatan Duli Pengiran Muda Mahkota di Markas Sekolah Pegawai Kadet dijunjung oleh Menteri Perhubungan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Sejurus keberangkatan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Pengambilan Ke-13 oleh seramai 27 orang serta diiringi oleh Kawalan Kehormatan Pengambilan Ke-14, diketuai oleh Leftenan Rosfadhly bin Haji Rosli.

Setelah mengurniakan sabda, Duli Pengiran Muda Mahkota dijunjung dan berkenan mengurniakan anugerah bagi Pegawai Kadet terbaik di setiap jurusan bagi Pengambilan Pegawai Kadet Ke-13.

Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Sword of Honour kepada Pegawai kadet Auni ‘Afifah @ Yummi Haji Ali Hassan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Sword of Honour kepada Pegawai kadet Auni ‘Afifah @ Yummi Haji Ali Hassan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Ketahanan Latihan Jasmani kepada Pegawai Kadet Najihah binti Haji Abdul Hisab.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Ketahanan Latihan Jasmani kepada Pegawai Kadet Najihah binti Haji Abdul Hisab.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah ‘Wihdatul Alwanul Syuja’ah’.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah ‘Wihdatul Alwanul Syuja’ah’.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai dengan salah seorang Pegawai Kadet berserta keluarganya.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai dengan salah seorang Pegawai Kadet berserta keluarganya.

pM8-8_20151023

Perbarisan Lalu dengan perlahan dan laju.
Perbarisan Lalu dengan perlahan dan laju.

pM8-10_20151023

Para jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
Para jemputan yang hadir di majlis berkenaan.

Anugerah Pedang Kehormatan (Sword of Honor) dimenangi oleh Pegawai Kadet Auni ‘Afifah @ Yumni binti Haji Ali Hassan. Beliau berkelulusan MA Syariah & Law dari Universiti Malaya, Malaysia dan merupakan penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi (Supreme Commander) ABDB. Selepas ditauliahkan sebagai pegawai tentera, beliau akan ditempatkan sebagai Pegawai Tadbir, Pusat Pengurusan Kepimpinan, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan yang tertinggi bagi seorang Pegawai Kadet yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Anugerah berkenaan merupakan simbol tunggak kecemerlangan keseluruhan terbaik bagi Pegawai Kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal dan latihan fasa kedua dalam semua aspek keseluruhan.

Di samping itu, Pegawai Kadet berkenaan juga mempunyai ciri-ciri keseluruhan yang mantap dan contoh Pegawai Terbaik daripada segi kepimpinan, komitmen dan menunjukkan keperibadian yang positif dari awal hingga akhir latihan Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Duli Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet Qurratu’aini Qayyimah binti Dr. Al-Haj Zelzy, Tentera Laut Diraja Brunei yang berkelulusan MRes Criminology & Socio-Legal Studies dari University of Manchester, United Kingdom.

Beliau akan ditugaskan sebagai Pegawai Dalam Latihan di Kapal Diraja Brunei DARULEHSAN, Tentera Laut Diraja Brunei.

Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera pula dimenangi oleh Pegawai Kadet Muhammad Fairuz bin Rosli, berkelulusan BA Malay Literature dari Universiti Brunei Darussalam.

Beliau akan ditugaskan sebagai Ketua Platun di Kompeni B, Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei.

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani yang diterima oleh Pegawai Kadet Najihah binti Haji Abdul Hisab, Tentera Laut Diraja Brunei, berkelulusan MA Comparative Literature daripada School of Oriental and African Studies, United Kingdom.

Selepas ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera, beliau akan ditugaskan sebagai Pegawai Dalam Latihan di Kapal Diraja Brunei DARUSSALAM, Tentera Laut Diraja Brunei.

Selepas itu, Duli Pengiran Muda Mahkota dijunjung berangkat ke Mes Pegawai bagi Majlis Santap Ringan diikuti dengan Majlis Junjung Ziarah dari Pegawai-pegawai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Anugerah berkenaan merupakan simbol tunggak kecemerlangan keseluruhan terbaik bagi Pegawai Kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal dan latihan fasa kedua dalam semua aspek keseluruhan.

Di samping itu, Pegawai Kadet berkenaan juga mempunyai ciri-ciri keseluruhan yang mantap dan contoh Pegawai Terbaik daripada segi kepimpinan, komitmen dan menunjukkan keperibadian yang positif dari awal hingga akhir latihan Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Duli Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada Pegawai Kadet Qurratu’aini Qayyimah binti Dr. Al-Haj Zelzy, Tentera Laut Diraja Brunei yang berkelulusan MRes Criminology & Socio-Legal Studies dari University of Manchester, United Kingdom.

Beliau akan ditugaskan sebagai Pegawai Dalam Latihan di Kapal Diraja Brunei DARULEHSAN, Tentera Laut Diraja Brunei.

Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera pula dimenangi oleh Pegawai Kadet Muhammad Fairuz bin Rosli, berkelulusan BA Malay Literature dari Universiti Brunei Darussalam.

Beliau akan ditugaskan sebagai Ketua Platun di Kompeni B, Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei.

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani yang diterima oleh Pegawai Kadet Najihah binti Haji Abdul Hisab, Tentera Laut Diraja Brunei, berkelulusan MA Comparative Literature daripada School of Oriental and African Studies, United Kingdom.

Selepas ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera, beliau akan ditugaskan sebagai Pegawai Dalam Latihan di Kapal Diraja Brunei DARUSSALAM, Tentera Laut Diraja Brunei.

Selepas itu, Duli Pengiran Muda Mahkota dijunjung berangkat ke Mes Pegawai bagi Majlis Santap Ringan diikuti dengan Majlis Junjung Ziarah dari Pegawai-pegawai Kadet berserta keluarga serta berkenan menerima pesambah “Wihdatul Alwanul Syuja’ah” yang bermaksud Kesepaduan Warna-warna Keberanian dari Upacara Sovereign’s Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB Pengambilan Ke-13.

Konsep pesambah melambangkan pengorbanan yang telah dilalui oleh setiap Pegawai Kadet Pengambilan Ke-13 dan keberanian yang telah mereka tunjukkan sepanjang latihan di Sekolah Pegawai Kadet.

Rekaan pesambah dari atas ke bawah adalah rekaan abstrak dari Pegawai-pegawai Kadet dalam menunjukkan liku-liku perjalanan yang mereka lalui sepanjang tempoh latihan dua belas bulan.

Duli Pengiran Muda Mahkota di majlis berkenaan juga berkenan menandatangani lembaran kenangan keberangkatan dan Buku ‘Perjalanan Pegawai Kadet Pengambilan Ke-13.’

ARTIKEL YANG SAMA