Upacara Perbarisan Pentauliahan Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB

Upacara Perbarisan Pentauliahan Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB

Oleh Sim Y. H. dan Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN – Setelah mengharungi latihan selama kira-kira 52 minggu dengan menanamkan nilai-nilai teras dalam sanubari mereka iaitu, Setia, Takwa dan Berani, seramai 34 orang Pegawai Kadet yang diraikan dalam Upacara Perbarisan Pentauliahan (Sovereign’s Parade) Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Pengambilan Keempat belas yang diadakan di Padang Kawad Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Tanah Jambu.

Ia juga merupakan satu hari yang bersejarah bagi bukan sahaja kepada para pegawai kadet yang diraikan tetapi satu mercu tanda penting bagi ABDB kerana ia menandakan kali pertama, upacara Perbarisan Pentauliahan berlangsung di Akademi Pertahanan ABDB yang baru di Kampung Tanah Jambu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, berkenan berangkat menyempurnakan upacara Perbarisan Pentauliahan bagi Pegawai Kadet pengambilan keempat belas.

Berangkat sama ke upacara berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar bersama Pegawai-Pegawai Kadet dan keluarga.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar bersama Pegawai-Pegawai Kadet dan keluarga.

pM08-2_20160429 pM08-3_20160429 pM08-4_20160429

Pegawai-Pegawai Kadet yang menyertai perbarisan.
Pegawai-Pegawai Kadet yang menyertai perbarisan.

pM08-6_20160429 pM08-7_20160429

Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

pM08-9_20160429

Keberangkatan Baginda Sultan di Padang Kawad, Akademi Pertahanan ABDB dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Sejurus keberangkatan, Baginda Sultan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya dijunjung memeriksa perbarisan yang terdiri daripada Kawalan Kehormatan Pengambilan keempat belas seramai 34 orang serta di iringi oleh Kawalan kehormatan Pengambilan kelima belas dengan diketuai oleh Leftenan (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman.

Acara disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat diikuti perbarisan mara ke hadapan.

Seramai 34 orang Pegawai Kadet telah ditauliahkan iaitu seramai 17 orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei, lapan orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei dan sembilan orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei.

Penauliahan ini adalah termasuk seorang Pegawai Kadet berkelulusan Doktor Perubatan dan dua orang Pegawai Kadet lepasan Ijazah Doktor Pergigian.

Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah daripada jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai Sekolah Pegawai Kadet, pegawai tentera dari negara-negara sahabat termasuk semua pegawai yang menerima Anugerah Pedang Kehormatan (Sword of Honour) daripada pengambilan pertama hingga pengambilan ketiga-belas.

ARTIKEL YANG SAMA