Uruguay, Paraguay seri 1-1

Uruguay, Paraguay seri 1-1

LA SERENA, 21 Jun (AFP) – Penyandang juara, Uruguay melangkah ke suku akhir Copa America selepas mencatatkan keputusan 1-1 dengan Paraguay, dalam aksi yang dianggap ulangan final 2011, di sini, semalam.

Pasukan itu memastikan satu mata dalam genggaman untuk mara dari Kumpulan B, mendahului menerusi Jose Maria Gimenez sebelum lawannya itu menyamakan kedudukan melalui Lucas Barrios pada penghujung penghujung saingan babak pertama.

Paraguay sebelum itu sudah pun mengesahkan tempat dalam saingan peringkat kalah mati itu selepas Ecuador menewaskan Mexico bagi Kumpulan A semalam.

Uruguay yang dikecewakan Argentina dalam perlawanan keduanya dalam Kumpulan B, mendahului pada minit ke-29 menerusi tandukan kencang Giminez buat menyudahkan sepakan sudut Carlos Sanchez.

Sementara itu, Chile membelasah Bolivia 5-0 di Santiago semalam untuk mengungguli Kumpulan A dan sekali gus bakal kekal beraksi di suku akhir selepas ini.

Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dan pertahanan Paraguay, Marcos Caceres (tengah) bersaing untuk mendapatkan bola dalam aksi Copa America di La Serena, semalam. – AFP
Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dan pertahanan Paraguay, Marcos Caceres (tengah) bersaing untuk mendapatkan bola dalam aksi Copa America di La Serena, semalam. – AFP

Charles Aranguiz meledak dua kali, manakala penyerang kelab Arsenal, Alexis Sanchez menjaringkan gol pertama pada temasya ini ketika membantu negaranya catat kemenangan dalam aksi berat sebelah di Stadium Nasional itu.

Benteng, Gary Medel jaringkan gol keempat, manakala kapten pasukan Bolivia membocori gawang sendiri bagi gol kelima Chile.

Chile mengumpul tujuh mata, tiga mata mengatasi Bolivia dan berkelebihan empat mata di hadapan Ecuador yang berjaya menewaskan Mexico 2-1, sekali gus menyaksikan Mexico tersingkir daripada kejohanan itu selepas hanya mengumpul dua mata.

ARTIKEL YANG SAMA