Uruguay tetap yakin

Uruguay tetap yakin

MONTEVIDEO, Uruguay, 10 Jun (AFP) – Ketiadaan Luis Suarez membayangi persiapan Uruguay menjelang Copa Amerika, namun juara itu tetap bertekad mempertahankan trofi yang dimenanginya tanpa bintang Barcelona itu.

Suarez masih mengharungi hukuman penggantungan FIFA kerana menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia tahun lalu di Brazil.

Dinilai sebagai seorang daripada penyerang paling berbahaya di dunia, penyerang berusia 28 tahun sering menjadi penyelamat Uruguay di pentas antarabangsa dengan ketiadaannya jelas satu tamparan besar buat La Celeste.

Kapten Uruguay, Diego Godin mengakui kehadiran Suarez adalah ‘kunci’ kepada pasukan namun menggesa rakan sepasukannya ‘melupakan’ penyerang itu menjelang aksi pertama Kumpulan B menentang Argentina diikuti pertemuan dengan Paraguay dan Jamaica.

“Saya tidak mahu berbohong, ketiadaan Luis adalah penting,” kata Godin. “Dia adalah pemimpin untuk kedua-duanya, dalam atau luar padang dan dia berada di tahap terbaiknya.

Suarez masih menjalani hukuman penggantungan FIFA kerana menggigit Giorgio Chiellini tahun lalu. – Reuters
Suarez masih menjalani hukuman penggantungan FIFA kerana menggigit Giorgio Chiellini tahun lalu. – Reuters

“Begitupun, kami juga berada dalam keadaan terbaik, kami mempunyai pasukan dan skuad yang hebat. Kami yakin,” kata Godin.

Sudah banyak yang berubah sejak Uruguay mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 diikuti kejayaan menjulang trofi Copa Amerika 2011 di Argentina.

Seorang daripada wira skuad 2011 yang juga penyerang veteran, Diego Forlan sudah bersara pada Mac lalu, manakala bekas kapten, Diego Lugano juga membuat haluan serupa.

Tanpa khidmat Suarez yang digantung dan persaraan Forlan, Uruguay kini mengharapkan ketajaman penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani untuk memburu gol.

ARTIKEL YANG SAMA