USABC alu-alukan Trump, ikirar kerja sama

USABC alu-alukan Trump, ikirar kerja sama

NEW YORK, 14 Nov – Majlis Perniagaan AS-SEAN (USABC), yang berpangkalan di Washington DC, mengalu-alukan kepimpinan Amerika Syarikatyang baharu dipilih dan mengucapkan tahniah kepada rakyat negara itu selepas pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, Presiden yang dilantik melalui pilihan raya tersebut, Speaker Paul Ryan, pemimpin majoriti Mitch McConnell, dan Parti Republican di atas kemenangan mereka, serta berikrar untuk bekerja sama dengan Presiden baru dan Kongres, dari parti Republican dan Demokrat, untuk memastikan perhubungan yang terjalin antara AS dan ASEAN akan kekal kukuh,” menurut satu kenyataan USABC.

Komuniti Ekonomi ASEAN dan sepuluh negara anggotanya mewakili lebih daripada 620 juta pengguna muda, dan diambil secara kolektif, adalah ekonomi ketujuh terbesar di dunia, katanya.

Kenyataan itu juga berkata Trump, sebagai bekas pemimpin perniagaan, sangat mengetahui peluang-peluang seperti pasaran yang besar dan pelbagai yang ada untuk perniagaan AS.

“Perniagaan AS jelas menunjukkan kepentingan rantau ASEAN dengan menjadikannya destinasi nombor satu untuk pelaburan langsung asing (FDI) AS di Asia, menerima lebih banyak FDI AS daripada gabungan China, Jepun dan India,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA