‘Usah layan Rossiter seperti kuda’

‘Usah layan Rossiter seperti kuda’

LIVERPOOL, England, 23 Okt (AFP) – Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mendakwa Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris melayan Jordan Rossiter “bagaikan seekor kuda” kelmarin selepas pemain tengah itu kembali daripada tugasan bersama skuad B-19 England dengan kecederaan hamstring.

“Pemain muda ini masa depan kita. Jika kita melayan mereka seperti kuda, kita akan dapat kuda,” jelas Klopp.

“Rossiter satu cerita istimewa. Saya tidak pernah dengar pemain berusia 18 tahun bermain tiga perlawanan dalam tempoh lima hari. Itulah sebabnya dia cedera dan saya tidak fikir dia bersedia bagi tugasan antarabangsa berikutnya.

Jordan Rossiter. – AFP
Jordan Rossiter. – AFP

“Saya tidak tahu dengan siapa saya perlu bercakap mengenai perkara ini, tapi saya akan cari jalan kerana ia tidak OK. Pada hari pertama saya, saya tidak mahu menelefon sesiapa di FA, tapi sudah tentu ini tidak OK.”

Rossiter pemain terbaru skuad Liverpool mengalami kecederaan sekali gus menyukarkan persiapan Klopp selepas menggantikan Brendan Rodgers sebagai pengurus.

ARTIKEL YANG SAMA