Usaha cari mangsa terselamat tipis

Usaha cari mangsa terselamat tipis

YANGON, 24 Nov (AFP) – Beberapa pasukan mencari hari ini berkata mereka telah berputus asa untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat dari runtuhan di pusat perlombongan batu jed di utara Myanmar apabila mereka meredah mayat-mayat dari bencana yang telah mengorbankan lebih daripada 100 orang.

Ia merupakan insiden yang paling dahsyat melanda Hpakant, hab kepada dagangan jed berbilion dolar yang memperkayakan golongan elit di belakang tabir sementara memusnahkan alam sekitar tempatan dan struktur sosial.

Sejumlah pencari gali telah tertimbus apabila mereka tidur dalam khemah buatan apabila timbunan tanah runtuh menghempap mereka pada pagi Sabtu.

Pasukan-pasukan menyelamat termasuk tentera, polis dan pertubuhan-pertubuhan komuniti setempat telah mengeluarkan 113 mayat dari runtuhan. Hanya seorang sahaja yang ditemui hidup pada Sabtu, namun meninggal tidak lama selepas itu akibat kecederaan yang dialaminya.

Usaha mengeluarkan mayat terus dijalankan walaupun peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup sangat tipis. – AFP
Usaha mengeluarkan mayat terus dijalankan walaupun peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup sangat tipis. – AFP

Dashi Naw Lawn dari Yayasan Pembangunan Rangkaian Kachin, yang membantu usaha-usaha mencari, berkata tiada lagi yang dijangka terselamat.

“Kami hanya melihat orang mati,” dia memberitahu AFP, menambah operasi mengeluarkan mangsa diteruskan pada tapak itu hari ini dengan puluhan orang berkemungkinan masih hilang.

Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan jumlah orang yang mencari jed pada masa kejadian runtuhan itu.

Namun negeri yang disokong oleh Global New Light of Myanmar itu hari ini dipetik sebagai berkata seorang pegawai setempat, kira-kira 30 mayat lagi dipercayai masih tertimbus.

Dia berkata lagi kawasan itu pihak berkuasa telah menetapkan kawasan itu berisiko besar, yang sekarang bercadang untuk memindahkan 70 pondok pelombong yang telah dibina di satu lagi timbunan sisa yang menggunung.

ARTIKEL YANG SAMA