Usaha cegah jenayah diteruskan

Usaha cegah jenayah diteruskan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Anggota Balai Polis Berakas, malam tadi, telah menjalankan Rondaan Pencegahan Jenayah bersama empat orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Terunjing.

Sebelum rondaan, taklimat telah diadakan di Pos Polis Kampung Terunjing, Berakas, Mukim Berakas A. Rondaan menggunakan dua buah kenderaan polis itu melibatkan kawasan sepanjang Jalan Pasir Berakas, Kampung Terunjing Baru, Jalan Bedil, dan Kampung Lambak Kiri.

Bagaimanapun, rondaan sehingga jam 12:10 tengah malam itu tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Ketika rondaan dijalankan.
Ketika rondaan dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA