Usaha hapuskan IS ambil masa

Usaha hapuskan IS ambil masa

PARIS, 22 Nov (Reuters) – Perancis melihat kemenangan dalam memerangi kumpulan IS tidak mungkin diraih dalam masa terdekat ketika Paris meningkatkan serangan ke atas sasaran susulan serangan di ibu negara Perancis itu.

Presiden Francois Hollande menggesa pakatan lebih besar termasuk membabitkan Amerika Syarikat dan Russia, bagi menghapuskan IS di Syria dan akan menemui Barack Obama dan Vladimir Putin minggu depan.

Kumpulan IS yang turut dikenali dengan panggilan Daesh, mendakwa bertanggungjawab terhadap keganasan paling buruk di Perancis sejak Perang Dunia Kedua yang mana 130 terbunuh dalam serangan bom dan tembakan.

Kumpulan militan itu menyatakan serangan itu sebagai balasan terhadap pembabitan Paris dalam serangan udara yang diketuai AS di Iraq dan Syria.

“Tidak akan ada kemenangan ketenteraan terhadap Daesh dalam masa terdekat,” kata Ketua Angkatan Tentera Perancis, Pierre de Villiers, kepada akhbar Perancis, Le Journal du Dimanche dalam temubual yang disiarkan hari ini.

Francois Hollande menggesa pakatan lebih besar untuk memerangi IS di Syria termasuk Amerika Syarikat dan Russia. - Reuters
Francois Hollande menggesa pakatan lebih besar untuk memerangi IS di Syria termasuk Amerika Syarikat dan Russia. – Reuters

“Dalam aspek ketenteraan, kita sudah biasa dengan tempoh yang panjang tetapi orang ramai mahukan hasil segera.

Di Syria and Iraq, kita di tengah-tengah paradoks ini. Semua orang tahu penyelesaian konflik itu akan diperoleh menerusi saluran diplomatik dan politik.”

“Hollande akan ke Washington untuk bertemu Obama pada Selasa ini sebelum ke Moscow untuk bertemu Putin bagi membincangkan kerja sama tentera antara negara berkenaan. Russia dan negara Barat bercanggah pendapat berhubung Syria.

Moscow menyokong Presiden Bashar al-Assad manakala Barat menegaskan beliau perlu melepaskan jawatan bagi menamatkan perang saudara di Syria.

ARTIKEL YANG SAMA