Usaha jejaki pesawat hilang

Usaha jejaki pesawat hilang

NEW DELHI, 9 Jun (AFP) – Anggota penyelamat India hari ini mencari sebuah kapal terbang pengawal pantai yang hilang semalaman di luar pantai tenggara negara, kata seorang pegawai pertahanan.

Pesawat udara itu mengadakan rondaan rutin di selatan bandar Chennai apabila ia hilang dari skrin radar pada kira-kira 9:30 malam semalam, kata jurucakap pertahanan Sitanshu Kar.

Tiga anggota krew berada dalam kapal terbang tersebut, yang berlepas dari Chennai pada pukul 5:30 petang, lapor agensi berita Press Trust of India memetik sumber penerbangan.

Kar berkata usaha mencari dan menyelamat sedang dilancarkan untuk mencari kapal terbang Pengawal Pantai India (ICG), yang telah menjalankan “operasi pengawasan tetap di laut” dan gagal kembali ke pangkalan pada pukul 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA