Usaha keamanan Syria, Yaman tak terjejas

Usaha keamanan Syria, Yaman tak terjejas

PERTUBUHAN BANGSA (Reuters) – BANGSA BERSATU (PBB), 5 Jan – Keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran tidak akan memberi kesan terhadap usahanya untuk mencapai keamanan di Syria dan Yaman, kata dutanya ke PBB, Abdallah Al-Mouallimi.

“Di pihak kita, ia sepatutnya tiada kesan kerana kami akan terus bekerja amat keras bagi menyokong usaha keamanan di Syria dan Yaman. “

“Kami akan menghadiri rundingan berikutnya di Syria dan tidak akan memulaukan mereka disebabkan oleh Iran atau sesiapa saja.”

“Malah Iran sebelum hubungan diplomatik ini diputuskan, kelihatan tidak terlalu menyokong, tidak terlalu positif dalam usaha mencapai keamanan,” katanya.

Beliau berkata: “Saya tidak fikir hubungan diplomatik yang terputus ini akan memberi kesan terhadap sikap mereka.”